Ra' Tafkhim
Ra' Tafkhim adalah cara membaca huruf ra dengan tafkhim (tebal).
Ra harus di baca tafkhim atau tebal karena beberapa sebab berikut ini:
-
Ra’ yang berbaris fathah atau dhommah.
-
Ra’ yang bertanda sukun dan huruf sebelumnya berbaris fathah atau dhommah.
-
Ra’ di hujung kalimah dibaca sebagai sukun kerana waqaf yang mendatang;
juga diselangi huruf mad wau ( و ) atau alif ( ا ) yang
bertanda sukun dan sebelumnya ada huruf yang berbaris fathah atau dhommah.
-
Ra’ di hujung kalimah dibaca sebagai sukun kerana waqaf yang mendatang; sebelumnya terdapat huruf mati selain
huruf ( ى )
dan sebelumnya lagi terdapat huruf yang berbaris fathah atau dhommah.
-
Ra' yang bertanda sukun selepas huruf hamzah wasal yang berbaris kasrah maupun dhomah.
-
Ra' yang bertanda sukun selepas huruf yang berbaris kasrah dan selepasnya terdapat huruf isti'la'.